Perjumpaan PIBG & MTK

BANDAR BARU BANGI, 21 November 2026 – Satu perjumpaan khusus di antara AJK PIBG & AJK MTK telah dipanggil bagi membincangkan beberapa perkara besar yang memerlukan penyelarasan semula.

Ia telah berlangsung selama lebih kurang tiga jam di kediaman YDP. Seramai 4 orang mewakili Persatuan Ibu Bapa & Guru SSAAB manakala 4 orang lagi mewakili penggerak-penggerak Malam Tautan Kasih PIBG SSAAB 2027.

Antara keputusan-keputusan utama ialah penjajaran semula objektif pengumpulan dana melalui MTK dan semakan semula tarikh program.

Tarikh baru tentatif MTK ialah 12 Jun 2027, tertakluk kepada kekosongan tarikh di pihak sekolah, yang akan diusahakan segera.

Objektif pengumpulan dana pula menyasarkan dua tabung utama PIBG, iaitu tabung kebajikan sekolah dan tabung prasarana sekolah.


Search

Categories

Tags

Recent Posts